Inspektor Kesihatan :D

1jan 2011 merupakan tarikh aku kene daftar kat kolej sains kesihatan sg buloh. almaklumla kan, aku kan da berhenti dari universiti sultan zainal abidin tu kan sebab dapat SPA ni. so, sekarang aku da ubah mindset n hati aku untuk belajar kat kolej ni sempena tahun baru ni la kan. so, ni dikira azam baru aku la kott. hahhaa. lepas ni aku kene belajar fizik, kimia, math, addmath wehh. dah la aku da send semua tu kat recycle bin da. mampu ke aku recall balik? haha. tapi tu ok la, atleast aku da penah belajar kan mase dulu dulu kan tapi yang problem nye aku kene belajar BIOLOGI ni. perghh, tak penah pulak aku belajar subjek ni. almaklumlah, aku bekas budak sekolah teknik tuanku jaafar kan so memang taklah nak belajar biologi ni en. em, budak teknikal ke budak sains(kesihatan). memang jauh wehh. penat penat je aku belajar teknikal dulu tapi da tak berguna da. haha. em, biasala kan, sekarang bukan senang nak dpt peluang kerja ni. so, aku mesti rebut peluang yang da terhidang untuk aku ni. pesanan buat pembaca, zaman sekarang cita cita da jadi num 2 mAnakala peluang tu num 1. so, kalau dapat peluang tu kita mesti tangkap simpan la bak kata budak budak ragbi en. haha. kalau nak ikutkan cita cita aku, aku mmg nak jadi designer tapi apekan daya SPA ni lebih terjamin so aku terpaksa lupa kan cita cita aku yg membukit tinggi tu kan. haha. so, aku suggest korang pon apply lah SPA ni terutama budak budak yg baru lepas SPM tu ye. bila result SPM korang da keluar korang cepat cepat lah buka laman web SPA8 ye. bukan ape, aku nak kasi kau try peluang ni. bukan semua orang dapat, kalau korang dapat tu kira rezki korang lah, asalkan korang try apply. tak rugi pon. macam aku ni, aku kira dipaksa rela la jugak. aku siap kene brainwash dgn parents aku, abg kakak aku, nenek aku, sedara mara aku. akhirnya, bila aku pikir pikirkan balik, ape yang dorang kata tu memang ade betul nya. sebab kerja da terjamin. abis je diploma korang da ade jawatan. macam aku, aku dpt jawatan penolong pegawai persekitaran a.k.a inspektor kesihatan lah. bila jawatan da sah 2 tahun, aku bole sambung degree, dapat jadi pegawai, untung untung dapat jadi pengarah kesihatan pulakk en. hahha. satu lagi, belajar tak payah bayar pastu dapat elaun lagi. rm621 sebulan. memang best la kan. haha. so, sape yang terbaca post aku ni, korang belom terlambat nak apply SPA ni. so, try la apply ye. semoga korang dapat jugak ye. btw, doakan aku berjaya dalam bidang ni ye. insyaAllah dengan berkat restu keluarga aku cuba buat yang terbaik dan banggakan mak ayah serta family aku. semoga aku dpt jadi penolong pegawai persekitaran tuu. :D


Photobucket
kat sinilah tempat aku akan menimba ilmu :D

HAPPY NEW YEAR !!

Alhamdulillah, da masuk tahun baru da. 2011. umur aku pon da bertambah ni. eisyhh, terasa makin tua lak aku ni. haiyooo. :D tapi takpe, kehidupan mesti diteruskan jugak walaupon janggut aku makin bertambah lebat. wuhhuhuhu.:D tahun baru, azam baru, kolej baru, AWEK baru?? hahahaha. awek tu takla kot.:D menempah namanya tu en. haha. ape azam aku ek? haha. tak pikir lagi rasanya, tapi aku rasa nak kawen. eh eh eh, tershamsul pulakk. azam aku MESTILAH nak belajar sungguh sungguh la plus nak biasakan diri dengan kolej baru course baru dan subjek baru. semoga aku tak sakit otak belajar nanti. haha. :D . em, new year tahun ni aku tetap terperap kat umah lagi walaupon umur da masuk 19 wehh. em, bukannye ape, aku malas nak kuar kuar ni plus esok aku da nak daftar masuk kolej da. tu la reasonnye. lagipon, bukannye penting celebrate kat luar tu pon, yang penting azam tu je. celebrate kat mana mana pon bole. time tengah berak pon bole celebrate lahh. haha.

Photobucket

Bye Bye IDE Bye Bye Unisza ;(

Alhamdulillah, aku da settlekan borang berhenti dari unisza da. aku bukan lagi warga unisza. sorry kawan kawan, aku terpaksa pindah ke tempat yang lebih menjamin masa depan aku. keputusan aku muktamad. zaman sekarang minat da jadi num 2, peluang tu num 1. so, kita kene kejar peluang yang kadang kadang terbuka untuk kita so, janganlah sia sia kan. btw, aku mintak maaf atas salah silap aku sepanjang aku jadi warga IDE masa sem 1. halalkan makan minum aku ye. halalkan hutang piutang aku kot kot adela en. 0-0 ye!! goodluck in IDE ye. :D

Photobucket
bye bye terengganu :D

Selamat Berjuang Skuad Harimau

semua rakyat malaysia dah tak sabar sabar nak tgk pasukan malaysia beraksi malam ni. mestila kan, da masuk final pulakkk. haha. sebagai penyokong kita mestilah byk byk berdoa agar tiada musibah berlaku kepada player player kita kan. almaklumlah, terlalu byk provokasi berlaku dalam final ni. macam macam boleh jadi. dahla kita main kat tempat orang, macam macam boleh berlaku. aku harap takdela penggunaan laser dan sebarang peralatan yang bole menjejaskan game nanti. semoga skuad harimau malaya dapat main dgn bersungguh sungguh dan mengalahkan sang garuda yang terlalu memberi alasan dan menyalahkan keadaan. gagah kan dirimu wahai harimau. baham lah sang garuda yang angkuh.
semoga perlawanan berjalan lancar. safee sali, gol kan lagi !! tunjukkan kita bukan lemah! kalau boleh, kalah kan dorang 5-1 balik !! haha. go go harimau malaya!! MALAYSIA BOLEH!!

Photobucket
go go harimau malaya!!

Photobucket
gol kan lagi safee sali !!

Photobucket
KATAKAN TAKNAK PADA LASER!!

maleh lak den !!

aduh, maleh lak aku nak balik ganu ni. esok kene balik sana pulakk. bas pukul 9.30 malam. tak dpt la tgk bolaa. DAMN!! dah la final game pulak tuu. penentuan. adoii. dahla penat naik bas. tapi nak buat camne en, aku kene settlekan borang berhenti. sabtu ni da daftar SPA daa. aduss. penat lahh naik basssss. 8-9 jam pulakkk. AAHHHH. khamis malam kene balik seremban balikk. adoii. em, redhaa jelaa kan. lepas ni da tak dpt g ganu lagi da. maybe last time kot. nak taknak kene pegi jugakkkk. hahaha. btw, aku harap MALAYSIA menang lawan indon malam kang. semoga indon dpt terima kekalahan dorang.

MALAYSIA BOLEH !!!

Photobucket

MALAYSIA BOLEH !

da lama tak tulis blog ni. ni semua poker kek FB tu punya pasal laa. addict pulak aku main tu. sampai tak rasa boring sampai ke pagi buta. hahah. tapi harini aku nak update la sikit en. harini malaysia menang lawan indon wehh. syokk weh. bangga gila aku dgn malaysia. GOODla malaysia. saya lah salah satu KIPAS SUSAH MATI pasukan bola malaysia taw. haha. aku harap malaysia dpt naik ranking dari 150 tu. bersyukur la ke hadrat Ilahi sbb malaysia menang game harini. aku harap malaysia MENANG LAGI bagi next game kat indon tu. mari la kita berdoa same same ye. haha. tadi game tu player malaysia main dgn bagus. betol la ape yg terpampang kat paper tu yg muslim ahmad taknak kasi gonzalez tu terlepas en. memang tak terlepas makhluk tu. kene mark gila rusa lah. haha. striker pulak memang tak hampakan fans malaysia ni. kau memang bagus safee sali. InsyaAllah, nanti aku pulak ganti tempat kau ye. :D . lagi satu congrats rajagopal, kau da berjaya membuka mata semua pihak bahawa team malaysia pon bole pergi jauh dalam sukan ni. walaupon byk player utama malaysia tak dpt main utk AFF ni tapi team malaysia mampu ke FINAL. tahniah skuad harimau! semoga korang bole kekalkan rentak dan prestasi korang bagi next game ni. semoga pasukan kita mampu bersaing dgn pasukan pasukan yg ternama di dunia ni. haha. GOODLUCK MALAYSIA!!

Photobucket
saya ultras malaya, anda?

KALAH LA PULAKKK!!

adusshh. N9 kalah la pulakkk kali nii!! camne la kelantan bolee menanggg? em, takpelaa. da n9 takde rezki nak menang kali ni. tapi tahun ni saje da nak 3 kali n9 masuk final wehh. so, tu memang da menunjukkan n9 memang terbaikk laaa. so, bagi la chance kat kelantan menang kali ni yeee. kang tak pasal pasal masuk berita penyokong n9 mati kat bukit jalil pulakk kan kan. hahha. em, final kali ni aku sanggup p bukit jalil oh walaupon aku baru je balik dari terengganu. sampai je seremban, aku terus contact member n akak aku tanye pasal tikett. fuhh. SEMANGAT kan kan kan. haha. alhamdulillah, nasib baik berkat usaha aku contact akak aku, dapat jugak tikett. hahah. thanks kakkk. hehheh. so, ptg sabtu tu aku tumpang epul p bj. pastu kitorang follow konvoi n9 kat r&r seremban. gilaaa ramai la timee tuuu. bertambah berkobar kobar semangat aku wehhh. hahaha. sampai je bukit jalil, pergghhhh. gila ramai fans kelantan wehh. mane fans n9 ni. mane kaler kuning kuning ni. majoriti dorang conquer. bila masuk je stadiumm, sekali lagi perghhh. ramai gila fans kelantan. arghh. apahal dorang conquer ni. shiakk lak aii. masa game lagi la shiakk perangai dorang. batak gilaa wehh. bajet bajet je. kalau n9 menang lah time tu kompem dorang senyapp. tapi bak kate mak aku la kan, "ALLAH da takdirkan dorang menang sebab taknak ade orang mati terbunuh time final nii" em, betul jugak kata mak akuu. Alhamdulillah takde sape tercedera kali nii. kalau la kelantan kalah, memang byk la topik berita nanti. stadium kene bakar la, fans kene pukul la, matilah, rugilahh. so, fans n9 rilek je bila kalah walaupon ade la kecewa sedih tu tapi kitorang take it easyla wehhh. bole cuba next year. tapi papepon, fans n9 memang terbaikk laaah.. korang still kasi support walaupon kita sikittt. Player n9 pon mmg terbaikk laah. korang dpt jugak kasi goalkeeper dorang gelabah. tapi nasib tak menyebelahi n9. so next try lagi lahhh. ALL THE BEST PLAYER N9 n FANS N9.

HOBEN JANG HOBEN!!!
Si RUSA Pictures, Images and Photos

i'm back

em gilaa lame aku tak post entry dohh
alhamdulillah harini dpt jugak aku post.hahaha.
sumpah aku busy gila sejak masuk U ni plus aku kurang berinternet kat sane.
da lah u punya wireless lembab gila barbie as rapunzel, tu yg bertambah malas aku nak onlineee. btw, aku memang seronok belajar kat sane walaupon jauh dari family.
course yg aku pilih memang yg aku minat so mmg aku gila fokus kat course aku sekarang ni. INDUSTRIAL DESIGN. ni la course aku kat UNISZA ni. selama aku belajar sem 1 ni, da byk aku buat projek wehh. so, mmg aku da expose la dalam designing ni. tapi baru basic lagi. tu pon aku da pecah otak daa. tapi seriously course ni memang enjoy gilaaa. fun wehh. haha. em, nanti kalau aku rajin, nanti aku masukkan pic pic projek aku yee. k la, cukup cukop la buat mase ni. nanti aku post entry lagii. hehe, byeeeee

1st post di UNISZA

haha. gila lama aku tak post wehh. da lebih sebulan aw. biasala hidup busy je manjang. aku da jadi budak U pulak kan, plus aku mane ade laptop nak online online bagai ni. ni pon aku mengharap kan belas ihsan dari member yang ade laptop n broadband. hahha. DIN G, aku peralatkan kau ni. kau bukan tawu pon kan kan. hahahhaha.sekali sekale dapat online ni memang aku conquer la laptop ni an. sangap gilaa bhaii. alhamdulillah, dapat jugak aku post kat blog aku ni. rindu gila aku nak buat karangan tak formal ni. hahaha. walaupon korang tak tanya tapi aku nak bagitawu jugak yang aku sihat walafiat je kat GANU kiteee ni. life fun je wehh. tapi rindu kat NOGORI tu memang adelaa kan. takpe, raya nanti aku balik laa. tak sabar sabar nak naik bas express nanti wehh. dapat gak aku merasa dengar lagu raya masa otw balik seremban nanti. baru la terasa aku anak perantauan. hahhahhaaha. OMAK AYAH, anakanda rindu kat omak ayah aw. haha. den da tak soba soba nak balik umah jumpo family ni. tiket da beli da pon. 2/9, pukul 10 malam. kira aku sambut buffday dalam bas la nanti tu. wee weee. tak kene function.. yahoooo. hahhahaha. rasenye tu jela aku nak post. mata da kuyu gila babai da ni. 2.22 pagi ni. eh, kene tido ni. esok kelas awal. aiyooooo. oklaa kengkawan. night. byee byeee. imy L. hehehehhe. ;)

Selamat Berjuang Rakan Rakan :]

da nak sampai time korang berambus dari rumah masing masing wehh. tinggal bape jam lagi ni. syiokk kan kan kan.:). lepas ni bermula hidup korang sebagai budak U lah. da tak same ngan life budak SEKOLAH. maybe lagi fun, maybe lagi tension.hahha. nanti korang nak pegi kuliah pon takde sape nak paksa korang da. pokok dek kau la nak poie ke tidak an. hahha. harap harap korang dapat jadi orang bila da masuk U nanti tu. jangan nak fun je lebih. godaan lagi berlambak lambak nanti tuuu. kalau dapat roommate kaki bergonjeng memang tipis harapan nak study tuu. merayap je nanti . hhahaha. btw, kat sini aku nak mintak maaf banyak banyak kat korang kalau sebelum ni aku ade buat salah kat korang. lupakan lah segala kisah yang menyakiti hati korang kalau aku jadi punca tuu. mulakan life baru korang sebagai budak U taw. buat yang terbaik. study taw taw. jangan nak fun fun sangat lah. hahhaa. btw, kepada WANI ZAKI nanti aku settlekan 'yuran' kau tu yeee. kewangan amat runcing la sekarang ni. hahhaahha. nanti korang doakan aku berjaya kat UDM nanti aw. aku pon doakan korang yang terbaik jugak. nanti mesti korang rindu saat saat manis manis masa lepak ngan aku dulu. hahhahahha. take care ye kawan kawan.
GOODLUCK taw.

SELAMAT MAJU JAYA DALAM BIDANG YANG ANDA PELAJARI .:D

Photobucket
contohi cam aku ni.RAJIN STUDY ni. HAHAHA

alkisah musim world cup

aku ade cerita world cup yang baik punyaa. aku sampai sekarang bila pikirkan alkisah tu kan aku rasa nak tergelak jeee. hahahahahhahaahhaa. kesian ada lawak pon ada. aku rasa lawak dari kesian lagi banyak lawak tu. hahahhahaaha.

alkisah dia macam ni. sedang orang sibuk sibuk nak menonton game antara portugal vs ivory coast yang lepas, ade seorang minah ni pon sibuk nak tengok jugak kat bistro area rumah dia la. penyokong portugal tu. kamaen bersemangat berkobar kobarnye, dia nak pergi la bistro dengan kawannya dengan menaiki motor. dia hanya la pembonceng. haha. abang dia pon da ada kat bistro tu tapi abang dia da gerak dulu la. so, dia pergi la ngan kawannya itu. sebelum pergi ke bistro dia sempat singgah ke kedai untuk membeli topup kerna ingin bermesejan ngan seseorang. haha. kemudian mereka meneruskan perjalanan ke bistro tersebut. mereka memecut dengan kelajuan 60 km/h kott. tiba tiba muncul sebuah kereta myvi berwarna putih yang tidak menyalakan lampu di simpang di hadapan meraka. dalam kekalutan itu kawan beliau membrek emergency yang meyebabkan beliau tercampak ke belakang. dalam masa beliau terjatuh, beliau cuba untuk menahan diri nya dari terhentak dengan kuat dengan menggunakan sikunya. namun tindakan beliau itu tidak menyelamatkan beliau dari mengalami kecederaan. tulang siku beliau telah berlari 100 meter dari kedudukan asalnya. agak serius di situ. haha. beliau menangis kesakitan dan terlolong bak orang gila meroyan. akhirnya beliau dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. sekarang ni beliau ada di rumah dalam proses untuk sembuh dari kecederaan itu.
THE END

beliau yang saya maksudkan itu ialah NURAZLINDA ROSLI atau lebih dikenali sebagai ALIN atau LYNEX. haha. insiden ni memang lawak gilaa ohh. sampai sakit perut den golak an. yola kan, pemain portugal tak injured tapi penyokong eh pulak injured. tu yang polik tu. lawak gilooo bhaii. haha. nasib nasib. apola nak jadi. lain kali dok umah yoo. solamat sikit. dongar cakap mak ayah tu. hahaha. sorry yoo lynex. LAWAK GILOOO. mari la kita beramai ramai golak yoo. semoga alkisah ni bole jadi teladan ye. pengalaman tuuu berhargaa. hargai lah setiap pengalaman tu yee. dahlaa. den nak lepak minum jap. see you all later yaaa.
:D TATA

world cup season

haha. seperti semua orang satu dunia ni tahu yang 11 jun 2010 hingga 12 julai 2010 merupakan musim piala dunia yang tah keberapa tah. aku tak tawu pulak. hehehe. aku sebagai seorang peminat bola mestila sokong pasukan pasukan yang bertanding pada world cup ni. tapi tahun ni aku tak tawu nak sokong pasukan mana. actually, aku memang minat dan nak sokong brazil tapi memandang kan dorang tak menurunkan nazario de lima ronaldo (ronaldo) dan ronaldinho aku rasa macam tak syiiokk pulakk. sebenarnya aku minat kat ronaldo tu je. aku dari kecik minat dia. tak kisah kat mana pasukan dia main, aku akan sokong pasukan tu. now, dia main kelab brazil iaitu corithians(lebih kurang macam ni la ejaan dia:D). haha. orang kata dia gemuk kah tak hebat kah, aku tak peduli. aku tetap minat dia dan aku mahu main bola macam dia. haha. eh, jauh dari tajuk ni. hehe. em, berbalik kepada cite world cup tadi. haha. dan tahun ni aku rasa aku sokong BRAZIL (sebab aku minat dari dulu), ARGENTINA (ade messi), IVORY COAST (ade drogba), JAPAN (pasukan asia), dan chile (sebab huruf depan dia C, so same ngan huruf C chaaen). haha. aku aku harap antara salah satu pasukan aku sokong ni dapat muncul juara world cup tahun ni. hahaha.

insyaALLAH, aku berharap malaysia akan dapat melayakkan diri ke piala dunia pada musim musim akan datang. dan aku juga berharap aku dapat mewakili malaysia dalam kejohanan itu. AMIN.

MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK NEGARA :D


RoNaldo Pictures, Images and Photos
ni la pemain bola yang aku paling minat, RONALDO

eh, i am a new blogger?

haha. aku agak tak percaya aku sekarang digelar blogger. biar betul ni? haha. malam tadi aku asyik mimpi pasal blog ni wehh.hehehe. gilo betul. asyik pikir ape yang aku nak tulis lagi kat blog ni. serius aku agak excited sekarang ni. yela kan, sebelum ni aku layan myspace, facebook, dan myfriends2u. tapi now aku da jadi BLOGGER. memang la excited bagi budak baru macam aku ni. da mula berjinak jinak kata kan. actually, aku memang suka cerita ape yang ada kat dalam kotak fikiran aku ni. syok bila kita selalu luahkan. tapi privacy tu takdela aku nak bagitawu semua.
so, I AM A NEWCOMER IN THIS BLOG WORLD (betul ke tidak ayat aku ni wehh? :D)

meh aku cite sikit pasal aku ni

nama: Muhammad Syamilusy Syahiir bin Abdul Rahman
nickname: Chaaen, Bangchik, Syamilusy, dan Syahiir
tarikh lahir: 03/09/1992 (7.49 malam waktu tempatan)
tempat lahir: Hospital Daerah Kuala Pilah
hometown: Seremban, Kuala Pilah dan Gemas
hobi: main bola sepak, surf internet dan banyak lagi aw.
ambition: pro football player, engineer dan designer

rasa rasa cukup la aku bagitawu korang ni kan. atleast korang da tahu sedikit sebanyak pasal aku ni kan. so, tu jelah aku nak cerita kan untuk post kali ni. :D
sekian, wasalam. ;)

Sebuah Kebanggaan :D

JUMAAT.
Tepat jam 1.12 pagi bertarikh 18 jun 2010 maka bermula la era penulisan aku dalam blog ni. Tak sangka berjaya jugak aku merajinkan diri buat blog yang belum sempurna ni. Aku rasa ok la kott. Hehehe. Actually, aku da lama nak buat blog ni, tapi kemalasan aku berada di tahap gaban. So, atas sokongan dan bantuan kawan kawan maka terbentuk sebuah blog aku sendiri.Yahoo!! Macam tak percaya wehh!! Dapat jugak aku meluahkan tah apo yang ado dalam otak aku kan. Maybe dengan ada nya blog ni, aku dapat mengelak kan diri dari terjebak ke kancah maksiat yang semakin menular di internet. Hahahaha. Btw, thanks kawan kawan yang support aku buat blog ni. So, sebagai budak yang mentah dalam arena blog ni, aku harap korang boleh bantu aku menyempurnakan blog aku ni taw. TUNJUK AJAR KU SIFU!! Aku rasa da cukupla aku menyampaikan kebanggaan aku ni. Poning otak den nak pikir ayat panjang panjang bona ni. HAHA. Malam ni mesti aku ngigau bangga!!

Sekian dari blogger mentah,
CHAAEN :D