Happy Anniversary NURAZLINDA !

ehem ehem. 29 jun 2011. tarikh yang aku tak bole lupa kan nii. seriously aku tak sangka da genap setahun aku couple dengan buah hati aku ni. hahaha. sejak sekolah lagi aku da kenal dia. aku form5 dia pulak form4. lebih tepat lagi senior n junior lahh.time tu kawan kawan dulu skandal skandal dulu kan. bila aku abis sekolah n dia form5 aku amik keputusan upgrade dia jadi awek sebab aku rasa aku kene grab chance nii sebelom orang lain dpt. aku rasa aku da ready nak jadikan dia buah hati aku. so, 29 jun 2010 aku mintak couple dgn dia. alhamdulillah dia terimaa. fuhhh fuhhh.LEGA. hahaha.sehingga arini cukup la setahun hubungan kitorangg.happy wehh. meh aku cite pasal NURAZLINDA nii. ehem ehem. nama diberi NURAZLINDA BINTI ROSLI.bdk Seksyen 18 SHAH ALAM. muda setahun dari aku, kira dia 18 tahun menjelang 18 OGOS nanti. dia ada DIMPLE weh. aku sukaa aku sukaa. hehehe. perangai lebih kurang macam aku jugak lah. haha.dia ni bagi aku dia cukup perfect lah. secukup rasalahh. semua yang ade kat dia semua yang aku sukaaa. senang cite dia la GADIS IDAMAN akuuu. hehehe. ALHAMDULILLAH, aku rasa bersyukur sgtt dapat kenal ngan diaa apetah lagi jadi buah hatii nii. thanks god. happy sgtt sgtt. semoga aku kekal ngan dia sampai ke akhir hayat kami. doakan kitorang guys. AMIN

Photobucket
I LOVE U ALIN!

Photobucket
The way you loved me, the way you cared all the life. I have no words to say you thanks.
HAPPY ANNIVERSARY SAYANG! <3

Rasuah Bola Sepak Malaysia

Pada pengamatan saya,kali terakhir Malaysia memiliki skuad yang ampuh dan masih lagi digeruni ialah pada awal 1990 hingga 1991. Namun,agak megejutkan apabila kita tersingkir pada peringkat kumpulan sukan sea di Manila pada 1991 walaupun hadir sebagai juara bertahan. Kekalahan kepada Filipina menyebabkan skuad yang diketuai Ahmad Yusof teruk dikritik media tempatan ketika itu, dan cerita pemain mula mengambil rasuah sebenarnya sudah kedengaran sejak awal tahun 1992 lagi. Namun masih belum ada bukti kukuh untuk mengheret pemain-pemain tertentu ke muka pengadilan. Selepas Malaysia tewas 2-4 kepada England pada 1991 hasil dua jaringan Matlan Marjan, namun pada lewat 1993, Matlan digantung oleh Persatuan Bola Sepak Sabah kerana prestasi jatuh merudum. Aksi hebat Azizul Abu Haniffah ketika Malaysia kembali menawan Korea Selatan di final pestabola merdeka 1993,dan pada 1994,Azizul pula di syaki terlibat dengan rasuah. Sayang bukan,2 pemain kelas dunia digantung oleh persatuan negeri masing-masing kerana disyaki menjual perlawanan. Adakah anda tahu bahawa Azizul juga pernah ditawarkan kontrak lumayan mencecah A$ 3 juta dari sebuah kelab ternama Arab Saudi gara-gara aksi memukau Azizul ketika Malaysia menyingkirkan pasukan itu dikelayakan olimpik 1988. Namun, selepas era kegemilangan tersebut, seorang demi seorang pemain GRED A kita dihadapkan ke mahkhamah kerana RASUAH. Tak perlu lah saya menyebutkan nama kerana hanya Azizul dan Matlan yang sehingga kini antara yang berani mengakui kesalahan lampau mereka dahulu. Dan selepas mereka digantung, yang tinggal pemain yang bertaraf antarabangsa hanyalah Azman Adnan,Khairul Azman Mohamad, dan beberapa nama lain. Dan jelas sekali,mereka tidak mampu untuk mempertahankan maruah kita apabila mereka kehilangan partnership yang sudah bermain sejak dalam pasukan olimpik 1992 lagi. Kehilangan Azizul menyebabkan Azman kemarau jaringan hampir setahun di peringkat antarbangsa. Peminat mahupun media ketika itu mengakui, Azman-Azizul tidak boleh bermain jika kehilangan salah sorang dan nyata ianya memang benar. Lama untuk Azman mencari rentak dan mujur,kemunculan playmaker muda dan berpotensi,K.Sanbagamaran ke dalam skuad kebangsaan memberi sinar semula. Namun selepas pemain ini semakin dimamah usia, pasukan kita tidak lagi digeruni. Pada ketika ini jugalah, Singapore sudah mula tinggalkan kita, Laos juga sudah boleh menewaskan kita. Itulah penangan rasuah. Kita masih tidak dapat mencari kesinambungan pemain yang digantung keranan terlalu awal mereka meninggalkan arena tanpa sempat menurunkan ilmu yang tersimpan. Dan,selepas Rajagobal mengambil alih skuad senior pada 2009, sinar itu dapat dilihat kembali menyinar dengan pingat emas sukan sea selepas 20 tahun kita diperlekehkan. Pemain-pemain seperti Safee Sali,Safiq Rahim,Norsharul Idlan Talaha antara pemain yang mewarisi permainan berkualiti. Safee sali umpamanya teknik dan larian kencangnya boleh dikatakan setaraf Azman,namun masih jauh untuk dibandingkan dgn arwah Mokhtar. Safiq Rahim perlu berada di satu tahap lagi untuk menyamain reputasi Azizul. Secara teknikal, Safiq dan Azizul setaraf dari segi permainan,namun yang membezakan mereka adalah kreativiti dan SPECIAL INSTINCT yang tidak ada pada Safiq. Dan aksi Norsharul mengingatkan saya kepada aksi Dollah Salleh. Biarpun sebagai penyerang,tetapi peranan Norshahrul dilihat lebih kepada perancang dengan gerakan-gerakan tak diduga. Ianya sama seperti Dollah ketika pra-piala dunia 1986 ketika Dollah mengilhamkan 3 gerakan untuk diterjemahkan melalui gol daripada 5 gol Malaysia ketika menentang Nepal. Dan kini, permainan Malaysia menjadi menarik kerana mentaliti dan semangat menjadi pegangan. Isu rasuh yang timbul baru-baru ini hanya perosak kepada kebangkitan kita. Lihat lah pada tragedi 1994,betapa susahnya untuk kita bangkit semula. Dan apabila kebangkitan sudah dapat direalisasikan,muncul pula BARUA-BARUA RASUAH yang tamak dan menjatuhkan bangsa dan agama. Pengajaran dulu dijadikan iktibar. Maruah tidak boleh diganti dengan wang ringgit. - ABD RAHIM HJ KHAMIS 14 MARCH 2011-