Inspektor Kesihatan :D

1jan 2011 merupakan tarikh aku kene daftar kat kolej sains kesihatan sg buloh. almaklumla kan, aku kan da berhenti dari universiti sultan zainal abidin tu kan sebab dapat SPA ni. so, sekarang aku da ubah mindset n hati aku untuk belajar kat kolej ni sempena tahun baru ni la kan. so, ni dikira azam baru aku la kott. hahhaa. lepas ni aku kene belajar fizik, kimia, math, addmath wehh. dah la aku da send semua tu kat recycle bin da. mampu ke aku recall balik? haha. tapi tu ok la, atleast aku da penah belajar kan mase dulu dulu kan tapi yang problem nye aku kene belajar BIOLOGI ni. perghh, tak penah pulak aku belajar subjek ni. almaklumlah, aku bekas budak sekolah teknik tuanku jaafar kan so memang taklah nak belajar biologi ni en. em, budak teknikal ke budak sains(kesihatan). memang jauh wehh. penat penat je aku belajar teknikal dulu tapi da tak berguna da. haha. em, biasala kan, sekarang bukan senang nak dpt peluang kerja ni. so, aku mesti rebut peluang yang da terhidang untuk aku ni. pesanan buat pembaca, zaman sekarang cita cita da jadi num 2 mAnakala peluang tu num 1. so, kalau dapat peluang tu kita mesti tangkap simpan la bak kata budak budak ragbi en. haha. kalau nak ikutkan cita cita aku, aku mmg nak jadi designer tapi apekan daya SPA ni lebih terjamin so aku terpaksa lupa kan cita cita aku yg membukit tinggi tu kan. haha. so, aku suggest korang pon apply lah SPA ni terutama budak budak yg baru lepas SPM tu ye. bila result SPM korang da keluar korang cepat cepat lah buka laman web SPA8 ye. bukan ape, aku nak kasi kau try peluang ni. bukan semua orang dapat, kalau korang dapat tu kira rezki korang lah, asalkan korang try apply. tak rugi pon. macam aku ni, aku kira dipaksa rela la jugak. aku siap kene brainwash dgn parents aku, abg kakak aku, nenek aku, sedara mara aku. akhirnya, bila aku pikir pikirkan balik, ape yang dorang kata tu memang ade betul nya. sebab kerja da terjamin. abis je diploma korang da ade jawatan. macam aku, aku dpt jawatan penolong pegawai persekitaran a.k.a inspektor kesihatan lah. bila jawatan da sah 2 tahun, aku bole sambung degree, dapat jadi pegawai, untung untung dapat jadi pengarah kesihatan pulakk en. hahha. satu lagi, belajar tak payah bayar pastu dapat elaun lagi. rm621 sebulan. memang best la kan. haha. so, sape yang terbaca post aku ni, korang belom terlambat nak apply SPA ni. so, try la apply ye. semoga korang dapat jugak ye. btw, doakan aku berjaya dalam bidang ni ye. insyaAllah dengan berkat restu keluarga aku cuba buat yang terbaik dan banggakan mak ayah serta family aku. semoga aku dpt jadi penolong pegawai persekitaran tuu. :D


Photobucket
kat sinilah tempat aku akan menimba ilmu :D

HAPPY NEW YEAR !!

Alhamdulillah, da masuk tahun baru da. 2011. umur aku pon da bertambah ni. eisyhh, terasa makin tua lak aku ni. haiyooo. :D tapi takpe, kehidupan mesti diteruskan jugak walaupon janggut aku makin bertambah lebat. wuhhuhuhu.:D tahun baru, azam baru, kolej baru, AWEK baru?? hahahaha. awek tu takla kot.:D menempah namanya tu en. haha. ape azam aku ek? haha. tak pikir lagi rasanya, tapi aku rasa nak kawen. eh eh eh, tershamsul pulakk. azam aku MESTILAH nak belajar sungguh sungguh la plus nak biasakan diri dengan kolej baru course baru dan subjek baru. semoga aku tak sakit otak belajar nanti. haha. :D . em, new year tahun ni aku tetap terperap kat umah lagi walaupon umur da masuk 19 wehh. em, bukannye ape, aku malas nak kuar kuar ni plus esok aku da nak daftar masuk kolej da. tu la reasonnye. lagipon, bukannye penting celebrate kat luar tu pon, yang penting azam tu je. celebrate kat mana mana pon bole. time tengah berak pon bole celebrate lahh. haha.

Photobucket

Bye Bye IDE Bye Bye Unisza ;(

Alhamdulillah, aku da settlekan borang berhenti dari unisza da. aku bukan lagi warga unisza. sorry kawan kawan, aku terpaksa pindah ke tempat yang lebih menjamin masa depan aku. keputusan aku muktamad. zaman sekarang minat da jadi num 2, peluang tu num 1. so, kita kene kejar peluang yang kadang kadang terbuka untuk kita so, janganlah sia sia kan. btw, aku mintak maaf atas salah silap aku sepanjang aku jadi warga IDE masa sem 1. halalkan makan minum aku ye. halalkan hutang piutang aku kot kot adela en. 0-0 ye!! goodluck in IDE ye. :D

Photobucket
bye bye terengganu :D

Selamat Berjuang Skuad Harimau

semua rakyat malaysia dah tak sabar sabar nak tgk pasukan malaysia beraksi malam ni. mestila kan, da masuk final pulakkk. haha. sebagai penyokong kita mestilah byk byk berdoa agar tiada musibah berlaku kepada player player kita kan. almaklumlah, terlalu byk provokasi berlaku dalam final ni. macam macam boleh jadi. dahla kita main kat tempat orang, macam macam boleh berlaku. aku harap takdela penggunaan laser dan sebarang peralatan yang bole menjejaskan game nanti. semoga skuad harimau malaya dapat main dgn bersungguh sungguh dan mengalahkan sang garuda yang terlalu memberi alasan dan menyalahkan keadaan. gagah kan dirimu wahai harimau. baham lah sang garuda yang angkuh.
semoga perlawanan berjalan lancar. safee sali, gol kan lagi !! tunjukkan kita bukan lemah! kalau boleh, kalah kan dorang 5-1 balik !! haha. go go harimau malaya!! MALAYSIA BOLEH!!

Photobucket
go go harimau malaya!!

Photobucket
gol kan lagi safee sali !!

Photobucket
KATAKAN TAKNAK PADA LASER!!

maleh lak den !!

aduh, maleh lak aku nak balik ganu ni. esok kene balik sana pulakk. bas pukul 9.30 malam. tak dpt la tgk bolaa. DAMN!! dah la final game pulak tuu. penentuan. adoii. dahla penat naik bas. tapi nak buat camne en, aku kene settlekan borang berhenti. sabtu ni da daftar SPA daa. aduss. penat lahh naik basssss. 8-9 jam pulakkk. AAHHHH. khamis malam kene balik seremban balikk. adoii. em, redhaa jelaa kan. lepas ni da tak dpt g ganu lagi da. maybe last time kot. nak taknak kene pegi jugakkkk. hahaha. btw, aku harap MALAYSIA menang lawan indon malam kang. semoga indon dpt terima kekalahan dorang.

MALAYSIA BOLEH !!!

Photobucket

MALAYSIA BOLEH !

da lama tak tulis blog ni. ni semua poker kek FB tu punya pasal laa. addict pulak aku main tu. sampai tak rasa boring sampai ke pagi buta. hahah. tapi harini aku nak update la sikit en. harini malaysia menang lawan indon wehh. syokk weh. bangga gila aku dgn malaysia. GOODla malaysia. saya lah salah satu KIPAS SUSAH MATI pasukan bola malaysia taw. haha. aku harap malaysia dpt naik ranking dari 150 tu. bersyukur la ke hadrat Ilahi sbb malaysia menang game harini. aku harap malaysia MENANG LAGI bagi next game kat indon tu. mari la kita berdoa same same ye. haha. tadi game tu player malaysia main dgn bagus. betol la ape yg terpampang kat paper tu yg muslim ahmad taknak kasi gonzalez tu terlepas en. memang tak terlepas makhluk tu. kene mark gila rusa lah. haha. striker pulak memang tak hampakan fans malaysia ni. kau memang bagus safee sali. InsyaAllah, nanti aku pulak ganti tempat kau ye. :D . lagi satu congrats rajagopal, kau da berjaya membuka mata semua pihak bahawa team malaysia pon bole pergi jauh dalam sukan ni. walaupon byk player utama malaysia tak dpt main utk AFF ni tapi team malaysia mampu ke FINAL. tahniah skuad harimau! semoga korang bole kekalkan rentak dan prestasi korang bagi next game ni. semoga pasukan kita mampu bersaing dgn pasukan pasukan yg ternama di dunia ni. haha. GOODLUCK MALAYSIA!!

Photobucket
saya ultras malaya, anda?