Selamat Berjuang Rakan Rakan :]

da nak sampai time korang berambus dari rumah masing masing wehh. tinggal bape jam lagi ni. syiokk kan kan kan.:). lepas ni bermula hidup korang sebagai budak U lah. da tak same ngan life budak SEKOLAH. maybe lagi fun, maybe lagi tension.hahha. nanti korang nak pegi kuliah pon takde sape nak paksa korang da. pokok dek kau la nak poie ke tidak an. hahha. harap harap korang dapat jadi orang bila da masuk U nanti tu. jangan nak fun je lebih. godaan lagi berlambak lambak nanti tuuu. kalau dapat roommate kaki bergonjeng memang tipis harapan nak study tuu. merayap je nanti . hhahaha. btw, kat sini aku nak mintak maaf banyak banyak kat korang kalau sebelum ni aku ade buat salah kat korang. lupakan lah segala kisah yang menyakiti hati korang kalau aku jadi punca tuu. mulakan life baru korang sebagai budak U taw. buat yang terbaik. study taw taw. jangan nak fun fun sangat lah. hahhaa. btw, kepada WANI ZAKI nanti aku settlekan 'yuran' kau tu yeee. kewangan amat runcing la sekarang ni. hahhaahha. nanti korang doakan aku berjaya kat UDM nanti aw. aku pon doakan korang yang terbaik jugak. nanti mesti korang rindu saat saat manis manis masa lepak ngan aku dulu. hahhahahha. take care ye kawan kawan.
GOODLUCK taw.

SELAMAT MAJU JAYA DALAM BIDANG YANG ANDA PELAJARI .:D

Photobucket
contohi cam aku ni.RAJIN STUDY ni. HAHAHA

alkisah musim world cup

aku ade cerita world cup yang baik punyaa. aku sampai sekarang bila pikirkan alkisah tu kan aku rasa nak tergelak jeee. hahahahahhahaahhaa. kesian ada lawak pon ada. aku rasa lawak dari kesian lagi banyak lawak tu. hahahhahaaha.

alkisah dia macam ni. sedang orang sibuk sibuk nak menonton game antara portugal vs ivory coast yang lepas, ade seorang minah ni pon sibuk nak tengok jugak kat bistro area rumah dia la. penyokong portugal tu. kamaen bersemangat berkobar kobarnye, dia nak pergi la bistro dengan kawannya dengan menaiki motor. dia hanya la pembonceng. haha. abang dia pon da ada kat bistro tu tapi abang dia da gerak dulu la. so, dia pergi la ngan kawannya itu. sebelum pergi ke bistro dia sempat singgah ke kedai untuk membeli topup kerna ingin bermesejan ngan seseorang. haha. kemudian mereka meneruskan perjalanan ke bistro tersebut. mereka memecut dengan kelajuan 60 km/h kott. tiba tiba muncul sebuah kereta myvi berwarna putih yang tidak menyalakan lampu di simpang di hadapan meraka. dalam kekalutan itu kawan beliau membrek emergency yang meyebabkan beliau tercampak ke belakang. dalam masa beliau terjatuh, beliau cuba untuk menahan diri nya dari terhentak dengan kuat dengan menggunakan sikunya. namun tindakan beliau itu tidak menyelamatkan beliau dari mengalami kecederaan. tulang siku beliau telah berlari 100 meter dari kedudukan asalnya. agak serius di situ. haha. beliau menangis kesakitan dan terlolong bak orang gila meroyan. akhirnya beliau dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. sekarang ni beliau ada di rumah dalam proses untuk sembuh dari kecederaan itu.
THE END

beliau yang saya maksudkan itu ialah NURAZLINDA ROSLI atau lebih dikenali sebagai ALIN atau LYNEX. haha. insiden ni memang lawak gilaa ohh. sampai sakit perut den golak an. yola kan, pemain portugal tak injured tapi penyokong eh pulak injured. tu yang polik tu. lawak gilooo bhaii. haha. nasib nasib. apola nak jadi. lain kali dok umah yoo. solamat sikit. dongar cakap mak ayah tu. hahaha. sorry yoo lynex. LAWAK GILOOO. mari la kita beramai ramai golak yoo. semoga alkisah ni bole jadi teladan ye. pengalaman tuuu berhargaa. hargai lah setiap pengalaman tu yee. dahlaa. den nak lepak minum jap. see you all later yaaa.
:D TATA

world cup season

haha. seperti semua orang satu dunia ni tahu yang 11 jun 2010 hingga 12 julai 2010 merupakan musim piala dunia yang tah keberapa tah. aku tak tawu pulak. hehehe. aku sebagai seorang peminat bola mestila sokong pasukan pasukan yang bertanding pada world cup ni. tapi tahun ni aku tak tawu nak sokong pasukan mana. actually, aku memang minat dan nak sokong brazil tapi memandang kan dorang tak menurunkan nazario de lima ronaldo (ronaldo) dan ronaldinho aku rasa macam tak syiiokk pulakk. sebenarnya aku minat kat ronaldo tu je. aku dari kecik minat dia. tak kisah kat mana pasukan dia main, aku akan sokong pasukan tu. now, dia main kelab brazil iaitu corithians(lebih kurang macam ni la ejaan dia:D). haha. orang kata dia gemuk kah tak hebat kah, aku tak peduli. aku tetap minat dia dan aku mahu main bola macam dia. haha. eh, jauh dari tajuk ni. hehe. em, berbalik kepada cite world cup tadi. haha. dan tahun ni aku rasa aku sokong BRAZIL (sebab aku minat dari dulu), ARGENTINA (ade messi), IVORY COAST (ade drogba), JAPAN (pasukan asia), dan chile (sebab huruf depan dia C, so same ngan huruf C chaaen). haha. aku aku harap antara salah satu pasukan aku sokong ni dapat muncul juara world cup tahun ni. hahaha.

insyaALLAH, aku berharap malaysia akan dapat melayakkan diri ke piala dunia pada musim musim akan datang. dan aku juga berharap aku dapat mewakili malaysia dalam kejohanan itu. AMIN.

MAJULAH BOLA SEPAK UNTUK NEGARA :D


RoNaldo Pictures, Images and Photos
ni la pemain bola yang aku paling minat, RONALDO

eh, i am a new blogger?

haha. aku agak tak percaya aku sekarang digelar blogger. biar betul ni? haha. malam tadi aku asyik mimpi pasal blog ni wehh.hehehe. gilo betul. asyik pikir ape yang aku nak tulis lagi kat blog ni. serius aku agak excited sekarang ni. yela kan, sebelum ni aku layan myspace, facebook, dan myfriends2u. tapi now aku da jadi BLOGGER. memang la excited bagi budak baru macam aku ni. da mula berjinak jinak kata kan. actually, aku memang suka cerita ape yang ada kat dalam kotak fikiran aku ni. syok bila kita selalu luahkan. tapi privacy tu takdela aku nak bagitawu semua.
so, I AM A NEWCOMER IN THIS BLOG WORLD (betul ke tidak ayat aku ni wehh? :D)

meh aku cite sikit pasal aku ni

nama: Muhammad Syamilusy Syahiir bin Abdul Rahman
nickname: Chaaen, Bangchik, Syamilusy, dan Syahiir
tarikh lahir: 03/09/1992 (7.49 malam waktu tempatan)
tempat lahir: Hospital Daerah Kuala Pilah
hometown: Seremban, Kuala Pilah dan Gemas
hobi: main bola sepak, surf internet dan banyak lagi aw.
ambition: pro football player, engineer dan designer

rasa rasa cukup la aku bagitawu korang ni kan. atleast korang da tahu sedikit sebanyak pasal aku ni kan. so, tu jelah aku nak cerita kan untuk post kali ni. :D
sekian, wasalam. ;)

Sebuah Kebanggaan :D

JUMAAT.
Tepat jam 1.12 pagi bertarikh 18 jun 2010 maka bermula la era penulisan aku dalam blog ni. Tak sangka berjaya jugak aku merajinkan diri buat blog yang belum sempurna ni. Aku rasa ok la kott. Hehehe. Actually, aku da lama nak buat blog ni, tapi kemalasan aku berada di tahap gaban. So, atas sokongan dan bantuan kawan kawan maka terbentuk sebuah blog aku sendiri.Yahoo!! Macam tak percaya wehh!! Dapat jugak aku meluahkan tah apo yang ado dalam otak aku kan. Maybe dengan ada nya blog ni, aku dapat mengelak kan diri dari terjebak ke kancah maksiat yang semakin menular di internet. Hahahaha. Btw, thanks kawan kawan yang support aku buat blog ni. So, sebagai budak yang mentah dalam arena blog ni, aku harap korang boleh bantu aku menyempurnakan blog aku ni taw. TUNJUK AJAR KU SIFU!! Aku rasa da cukupla aku menyampaikan kebanggaan aku ni. Poning otak den nak pikir ayat panjang panjang bona ni. HAHA. Malam ni mesti aku ngigau bangga!!

Sekian dari blogger mentah,
CHAAEN :D