Inspektor Kesihatan :D

1jan 2011 merupakan tarikh aku kene daftar kat kolej sains kesihatan sg buloh. almaklumla kan, aku kan da berhenti dari universiti sultan zainal abidin tu kan sebab dapat SPA ni. so, sekarang aku da ubah mindset n hati aku untuk belajar kat kolej ni sempena tahun baru ni la kan. so, ni dikira azam baru aku la kott. hahhaa. lepas ni aku kene belajar fizik, kimia, math, addmath wehh. dah la aku da send semua tu kat recycle bin da. mampu ke aku recall balik? haha. tapi tu ok la, atleast aku da penah belajar kan mase dulu dulu kan tapi yang problem nye aku kene belajar BIOLOGI ni. perghh, tak penah pulak aku belajar subjek ni. almaklumlah, aku bekas budak sekolah teknik tuanku jaafar kan so memang taklah nak belajar biologi ni en. em, budak teknikal ke budak sains(kesihatan). memang jauh wehh. penat penat je aku belajar teknikal dulu tapi da tak berguna da. haha. em, biasala kan, sekarang bukan senang nak dpt peluang kerja ni. so, aku mesti rebut peluang yang da terhidang untuk aku ni. pesanan buat pembaca, zaman sekarang cita cita da jadi num 2 mAnakala peluang tu num 1. so, kalau dapat peluang tu kita mesti tangkap simpan la bak kata budak budak ragbi en. haha. kalau nak ikutkan cita cita aku, aku mmg nak jadi designer tapi apekan daya SPA ni lebih terjamin so aku terpaksa lupa kan cita cita aku yg membukit tinggi tu kan. haha. so, aku suggest korang pon apply lah SPA ni terutama budak budak yg baru lepas SPM tu ye. bila result SPM korang da keluar korang cepat cepat lah buka laman web SPA8 ye. bukan ape, aku nak kasi kau try peluang ni. bukan semua orang dapat, kalau korang dapat tu kira rezki korang lah, asalkan korang try apply. tak rugi pon. macam aku ni, aku kira dipaksa rela la jugak. aku siap kene brainwash dgn parents aku, abg kakak aku, nenek aku, sedara mara aku. akhirnya, bila aku pikir pikirkan balik, ape yang dorang kata tu memang ade betul nya. sebab kerja da terjamin. abis je diploma korang da ade jawatan. macam aku, aku dpt jawatan penolong pegawai persekitaran a.k.a inspektor kesihatan lah. bila jawatan da sah 2 tahun, aku bole sambung degree, dapat jadi pegawai, untung untung dapat jadi pengarah kesihatan pulakk en. hahha. satu lagi, belajar tak payah bayar pastu dapat elaun lagi. rm621 sebulan. memang best la kan. haha. so, sape yang terbaca post aku ni, korang belom terlambat nak apply SPA ni. so, try la apply ye. semoga korang dapat jugak ye. btw, doakan aku berjaya dalam bidang ni ye. insyaAllah dengan berkat restu keluarga aku cuba buat yang terbaik dan banggakan mak ayah serta family aku. semoga aku dpt jadi penolong pegawai persekitaran tuu. :D


Photobucket
kat sinilah tempat aku akan menimba ilmu :D

1 comments:

Unknown said...

aku pun minat nak jd Inspektor kshtan....tpi bidang ni ada smpai master tak :)...saya ni lpasan SPM

Post a Comment