Naik je sem 2 ni, dengan penuh hensem dan machonya aku telah dilantik menjadi jawatankuasa orientasi(JKO)program.* padahal aku yang mohon nak jadi. hehehe. em, orientasi kali ni memang berbeza gila babas dari orientasi sebelum sebelum ni. kene tapis gila babas lahh. lembut lembut je orientasi nii. padahal masa aku kene dulu, punya la seksa jiwa dan raga aku nak abis orientasi tu. mulut aku manjang terkumat kamit jee. kot terkumat kamit istighfar takpela jugak en, ini mencarut je haa. hahha.
Ni semua pengarah punya hal lahh. abis semua tak boleh. itu tak bole ini tak boleh. ape pon tak bole hishhh. em, nak taknak, semua jawatankuasa kene la redha dengan arahan pengarah. dengan itu bermula orientasi yang lembut lembut. aku rasa orientasi induk MPP lagi keras dari orientasi program. bukannye ape, orientasi keras keras dalam program kitorang memang jadi aktiviti turun temurun, sebab nak mendisiplin kan pelatih. tapi semuanya dipandang negatif. pikir kitorang nak dera junior bagai lahh. come on lahh. ik kene kuat fizikal n mental. kalau lembik, baik apply kat lorong haji taib tu. jadi cashier. hahaha.
Em, dalam orientasi ni la byk bende yang kalau cite, sumpah nak tergelak je. hahha. ni ade satu cite. nama ketua program kitorang, ENCIK TEE ENG ONG. pastu tanya la sorang bdk lelaki ni,sape nama ketua program, dia tak tau, then dia sebut la teng ape tah. pastu kitorang tarik dia kuar depan. tanya dia lagi, sape nama ketua program. anda nak tau ape jawapannya, teng eng ong, teng ong eng, tee chong wei, teng beng hock, n macam macam lagi lahh. ade ke dia tanya, bin ape? hahahahaha. serius lawak weh. elok muka serius da tergelak bagaii. haha. lepas tu, kitorang bagitahu lahh nama ketua program tu suroh dia hafal. bila dia da hafal, kitorang tanya la balik, tapi nama tu tak betol betol jugak. makin pelik adelahh. maybe sebab gugup sgt kot. siap terketar ketar tangan diaaa. hahhahahaha.
Rasenye, tu jela post aku harini. tapi memang orientasi kali ni mmg jauh berbeza dgn sebelum sebelum ni. baju junior bersih gila kott. siap ade line line baju lipat lagii. macam baju baruu wehh. hahaha. lemau lepuu betoll laa. haha. takpelah. hope dorang tetap disiplin la kan even tak kene orientasi keras tuu. goodluck adik junior. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
MPP lg teruk ea?huahahha
Post a Comment