Naik je sem 2 ni, dengan penuh hensem dan machonya aku telah dilantik menjadi jawatankuasa orientasi(JKO)program.* padahal aku yang mohon nak jadi. hehehe. em, orientasi kali ni memang berbeza gila babas dari orientasi sebelum sebelum ni. kene tapis gila babas lahh. lembut lembut je orientasi nii. padahal masa aku kene dulu, punya la seksa jiwa dan raga aku nak abis orientasi tu. mulut aku manjang terkumat kamit jee. kot terkumat kamit istighfar takpela jugak en, ini mencarut je haa. hahha.
Ni semua pengarah punya hal lahh. abis semua tak boleh. itu tak bole ini tak boleh. ape pon tak bole hishhh. em, nak taknak, semua jawatankuasa kene la redha dengan arahan pengarah. dengan itu bermula orientasi yang lembut lembut. aku rasa orientasi induk MPP lagi keras dari orientasi program. bukannye ape, orientasi keras keras dalam program kitorang memang jadi aktiviti turun temurun, sebab nak mendisiplin kan pelatih. tapi semuanya dipandang negatif. pikir kitorang nak dera junior bagai lahh. come on lahh. ik kene kuat fizikal n mental. kalau lembik, baik apply kat lorong haji taib tu. jadi cashier. hahaha.
Em, dalam orientasi ni la byk bende yang kalau cite, sumpah nak tergelak je. hahha. ni ade satu cite. nama ketua program kitorang, ENCIK TEE ENG ONG. pastu tanya la sorang bdk lelaki ni,sape nama ketua program, dia tak tau, then dia sebut la teng ape tah. pastu kitorang tarik dia kuar depan. tanya dia lagi, sape nama ketua program. anda nak tau ape jawapannya, teng eng ong, teng ong eng, tee chong wei, teng beng hock, n macam macam lagi lahh. ade ke dia tanya, bin ape? hahahahaha. serius lawak weh. elok muka serius da tergelak bagaii. haha. lepas tu, kitorang bagitahu lahh nama ketua program tu suroh dia hafal. bila dia da hafal, kitorang tanya la balik, tapi nama tu tak betol betol jugak. makin pelik adelahh. maybe sebab gugup sgt kot. siap terketar ketar tangan diaaa. hahhahahaha.
Rasenye, tu jela post aku harini. tapi memang orientasi kali ni mmg jauh berbeza dgn sebelum sebelum ni. baju junior bersih gila kott. siap ade line line baju lipat lagii. macam baju baruu wehh. hahaha. lemau lepuu betoll laa. haha. takpelah. hope dorang tetap disiplin la kan even tak kene orientasi keras tuu. goodluck adik junior. :)
alahaii reportt...
Adodoiiii, report tak siap lagii nii. nextweek da nak kene hantar bagai nii. malas lakk nak buatt. cane nii. ni semua nak kene 'rujuk' ngan kengkawan nii. kengkawan yg hensem dan cun bak kasi pinjam report, aku nak 'rujuk' lahh. hehehe. tak baikk kedekut tau tau tau. hehhe.
malas malas malas kenapa la kau malas.. rajin rajin rajin mana kau hilangg...
cepat cepat datang rajinnn niii, NYAH kau malas!! puhh puhh puhh, blaa dari sinii wahai malasss.
rajinn rajinn come to papa pleasee. :)
malas malas malas kenapa la kau malas.. rajin rajin rajin mana kau hilangg...
cepat cepat datang rajinnn niii, NYAH kau malas!! puhh puhh puhh, blaa dari sinii wahai malasss.
rajinn rajinn come to papa pleasee. :)
Happy Anniversary NURAZLINDA !
ehem ehem. 29 jun 2011. tarikh yang aku tak bole lupa kan nii. seriously aku tak sangka da genap setahun aku couple dengan buah hati aku ni. hahaha. sejak sekolah lagi aku da kenal dia. aku form5 dia pulak form4. lebih tepat lagi senior n junior lahh.time tu kawan kawan dulu skandal skandal dulu kan. bila aku abis sekolah n dia form5 aku amik keputusan upgrade dia jadi awek sebab aku rasa aku kene grab chance nii sebelom orang lain dpt. aku rasa aku da ready nak jadikan dia buah hati aku. so, 29 jun 2010 aku mintak couple dgn dia. alhamdulillah dia terimaa. fuhhh fuhhh.LEGA. hahaha.sehingga arini cukup la setahun hubungan kitorangg.happy wehh. meh aku cite pasal NURAZLINDA nii. ehem ehem. nama diberi NURAZLINDA BINTI ROSLI.bdk Seksyen 18 SHAH ALAM. muda setahun dari aku, kira dia 18 tahun menjelang 18 OGOS nanti. dia ada DIMPLE weh. aku sukaa aku sukaa. hehehe. perangai lebih kurang macam aku jugak lah. haha.dia ni bagi aku dia cukup perfect lah. secukup rasalahh. semua yang ade kat dia semua yang aku sukaaa. senang cite dia la GADIS IDAMAN akuuu. hehehe. ALHAMDULILLAH, aku rasa bersyukur sgtt dapat kenal ngan diaa apetah lagi jadi buah hatii nii. thanks god. happy sgtt sgtt. semoga aku kekal ngan dia sampai ke akhir hayat kami. doakan kitorang guys. AMIN
I LOVE U ALIN!
The way you loved me, the way you cared all the life. I have no words to say you thanks.
HAPPY ANNIVERSARY SAYANG! <3
I LOVE U ALIN!
The way you loved me, the way you cared all the life. I have no words to say you thanks.
HAPPY ANNIVERSARY SAYANG! <3
Rasuah Bola Sepak Malaysia
Pada pengamatan saya,kali terakhir Malaysia memiliki skuad yang ampuh dan masih lagi digeruni ialah pada awal 1990 hingga 1991. Namun,agak megejutkan apabila kita tersingkir pada peringkat kumpulan sukan sea di Manila pada 1991 walaupun hadir sebagai juara bertahan. Kekalahan kepada Filipina menyebabkan skuad yang diketuai Ahmad Yusof teruk dikritik media tempatan ketika itu, dan cerita pemain mula mengambil rasuah sebenarnya sudah kedengaran sejak awal tahun 1992 lagi. Namun masih belum ada bukti kukuh untuk mengheret pemain-pemain tertentu ke muka pengadilan. Selepas Malaysia tewas 2-4 kepada England pada 1991 hasil dua jaringan Matlan Marjan, namun pada lewat 1993, Matlan digantung oleh Persatuan Bola Sepak Sabah kerana prestasi jatuh merudum. Aksi hebat Azizul Abu Haniffah ketika Malaysia kembali menawan Korea Selatan di final pestabola merdeka 1993,dan pada 1994,Azizul pula di syaki terlibat dengan rasuah. Sayang bukan,2 pemain kelas dunia digantung oleh persatuan negeri masing-masing kerana disyaki menjual perlawanan. Adakah anda tahu bahawa Azizul juga pernah ditawarkan kontrak lumayan mencecah A$ 3 juta dari sebuah kelab ternama Arab Saudi gara-gara aksi memukau Azizul ketika Malaysia menyingkirkan pasukan itu dikelayakan olimpik 1988. Namun, selepas era kegemilangan tersebut, seorang demi seorang pemain GRED A kita dihadapkan ke mahkhamah kerana RASUAH. Tak perlu lah saya menyebutkan nama kerana hanya Azizul dan Matlan yang sehingga kini antara yang berani mengakui kesalahan lampau mereka dahulu. Dan selepas mereka digantung, yang tinggal pemain yang bertaraf antarabangsa hanyalah Azman Adnan,Khairul Azman Mohamad, dan beberapa nama lain. Dan jelas sekali,mereka tidak mampu untuk mempertahankan maruah kita apabila mereka kehilangan partnership yang sudah bermain sejak dalam pasukan olimpik 1992 lagi. Kehilangan Azizul menyebabkan Azman kemarau jaringan hampir setahun di peringkat antarbangsa. Peminat mahupun media ketika itu mengakui, Azman-Azizul tidak boleh bermain jika kehilangan salah sorang dan nyata ianya memang benar. Lama untuk Azman mencari rentak dan mujur,kemunculan playmaker muda dan berpotensi,K.Sanbagamaran ke dalam skuad kebangsaan memberi sinar semula. Namun selepas pemain ini semakin dimamah usia, pasukan kita tidak lagi digeruni. Pada ketika ini jugalah, Singapore sudah mula tinggalkan kita, Laos juga sudah boleh menewaskan kita. Itulah penangan rasuah. Kita masih tidak dapat mencari kesinambungan pemain yang digantung keranan terlalu awal mereka meninggalkan arena tanpa sempat menurunkan ilmu yang tersimpan. Dan,selepas Rajagobal mengambil alih skuad senior pada 2009, sinar itu dapat dilihat kembali menyinar dengan pingat emas sukan sea selepas 20 tahun kita diperlekehkan. Pemain-pemain seperti Safee Sali,Safiq Rahim,Norsharul Idlan Talaha antara pemain yang mewarisi permainan berkualiti. Safee sali umpamanya teknik dan larian kencangnya boleh dikatakan setaraf Azman,namun masih jauh untuk dibandingkan dgn arwah Mokhtar. Safiq Rahim perlu berada di satu tahap lagi untuk menyamain reputasi Azizul. Secara teknikal, Safiq dan Azizul setaraf dari segi permainan,namun yang membezakan mereka adalah kreativiti dan SPECIAL INSTINCT yang tidak ada pada Safiq. Dan aksi Norsharul mengingatkan saya kepada aksi Dollah Salleh. Biarpun sebagai penyerang,tetapi peranan Norshahrul dilihat lebih kepada perancang dengan gerakan-gerakan tak diduga. Ianya sama seperti Dollah ketika pra-piala dunia 1986 ketika Dollah mengilhamkan 3 gerakan untuk diterjemahkan melalui gol daripada 5 gol Malaysia ketika menentang Nepal. Dan kini, permainan Malaysia menjadi menarik kerana mentaliti dan semangat menjadi pegangan. Isu rasuh yang timbul baru-baru ini hanya perosak kepada kebangkitan kita. Lihat lah pada tragedi 1994,betapa susahnya untuk kita bangkit semula. Dan apabila kebangkitan sudah dapat direalisasikan,muncul pula BARUA-BARUA RASUAH yang tamak dan menjatuhkan bangsa dan agama. Pengajaran dulu dijadikan iktibar. Maruah tidak boleh diganti dengan wang ringgit. - ABD RAHIM HJ KHAMIS 14 MARCH 2011-
hey hey hey :)
em, saje je nak update blog ni. sumpah da lama tak update. busy kot. padahal selalu je online. haha. so, news pasal aku takde la syok mane kan. just sekarang belajar pon makin ok kot. walaupon agak susah lah. tapi yang aku geram elaun aku tak masuk masuk lagi ni. da bulan 4 da ni, tapi tak dapat dapat elaun lagi. da banyak benda aku da plan ni, tak accomplish lagi. em, saba yolah kan. baru plan nak belanja family belanja buah hati n belanja diri sendiri. belanja kawan kawan tu depends on la ye, HAHA. btw, final sebulan lagi. haha. lama lagi tu. enjoy dulu ye kawan kawan. HAHA. ok la, aku nak p makan dulu. lapa gila weh. TATA. :)
Orientasi FRESHIE
sebagai BUDAK BARU atau FRESHIE kat KSKB kitorang mestila kene orientasi kan. seminggu orientasi aku da rasa macam kem askar. mana taknya, asyik pumping, skuad jump, berenang lah, basikal lah. steng(diri separuh) pon ade jugakk. nasib baik aku da berpengalaman kene kat TTJ mase zaman sekolah dulu en. haha. tapi memang lenguh lenguh satu badan aku wehh. sakit kaki sakit tangan. bertambah otot otot aku weh. sikit hari lagi da macam sazali samad da aku ni. hahaha. orientasi kolej bole lah tahan lagi sebab ade mase nak rilek masa taklimat tapi kalau orientasi program memang harapan la nak rilek wehh. salah sikit pumping lah, berenang lah, merangkak lah, jalan itik lah, steng lah dan macam macam lagi lah. da la merangkak kat court batu tu, so memang lutut aku luka luka la an. berenang pon atas court. rasenye, kalau dia campak aku kat kolam renang memang selamba lah aku kalahkan si daniel bego tu. pumping punya pasal abis jari jari aku yang cantik dan mulus ni. serius tak bole tahan bila kene hold tu. bergetar getar satu badan weh. haha. tapi aku paling suka PENCAK PKP lah. sumpah terbaik weh. bersemangat aku nak buat pencak tu. nasib baik lah orientasi program sehari setengah je, kalau seminggu memang untung untung aku bole menang anugerah bina badan rasanya. haha. lepas tu, abis je orientasi aku da kene get ready lah untuk fokus belajar weh.almaklumlah 8 mata pelajaran bergabung. aku kene belajar fizik, kimia, bio, math dan lai lainlah. risau gila weh. hope aku dapat belajar leklok lah. kalau fail satu subjek kene ulang sem. perghh, gilaaa wehhh. semoga titik fokus aku tak terganggu. amin.
Inspektor Kesihatan :D
1jan 2011 merupakan tarikh aku kene daftar kat kolej sains kesihatan sg buloh. almaklumla kan, aku kan da berhenti dari universiti sultan zainal abidin tu kan sebab dapat SPA ni. so, sekarang aku da ubah mindset n hati aku untuk belajar kat kolej ni sempena tahun baru ni la kan. so, ni dikira azam baru aku la kott. hahhaa. lepas ni aku kene belajar fizik, kimia, math, addmath wehh. dah la aku da send semua tu kat recycle bin da. mampu ke aku recall balik? haha. tapi tu ok la, atleast aku da penah belajar kan mase dulu dulu kan tapi yang problem nye aku kene belajar BIOLOGI ni. perghh, tak penah pulak aku belajar subjek ni. almaklumlah, aku bekas budak sekolah teknik tuanku jaafar kan so memang taklah nak belajar biologi ni en. em, budak teknikal ke budak sains(kesihatan). memang jauh wehh. penat penat je aku belajar teknikal dulu tapi da tak berguna da. haha. em, biasala kan, sekarang bukan senang nak dpt peluang kerja ni. so, aku mesti rebut peluang yang da terhidang untuk aku ni. pesanan buat pembaca, zaman sekarang cita cita da jadi num 2 mAnakala peluang tu num 1. so, kalau dapat peluang tu kita mesti tangkap simpan la bak kata budak budak ragbi en. haha. kalau nak ikutkan cita cita aku, aku mmg nak jadi designer tapi apekan daya SPA ni lebih terjamin so aku terpaksa lupa kan cita cita aku yg membukit tinggi tu kan. haha. so, aku suggest korang pon apply lah SPA ni terutama budak budak yg baru lepas SPM tu ye. bila result SPM korang da keluar korang cepat cepat lah buka laman web SPA8 ye. bukan ape, aku nak kasi kau try peluang ni. bukan semua orang dapat, kalau korang dapat tu kira rezki korang lah, asalkan korang try apply. tak rugi pon. macam aku ni, aku kira dipaksa rela la jugak. aku siap kene brainwash dgn parents aku, abg kakak aku, nenek aku, sedara mara aku. akhirnya, bila aku pikir pikirkan balik, ape yang dorang kata tu memang ade betul nya. sebab kerja da terjamin. abis je diploma korang da ade jawatan. macam aku, aku dpt jawatan penolong pegawai persekitaran a.k.a inspektor kesihatan lah. bila jawatan da sah 2 tahun, aku bole sambung degree, dapat jadi pegawai, untung untung dapat jadi pengarah kesihatan pulakk en. hahha. satu lagi, belajar tak payah bayar pastu dapat elaun lagi. rm621 sebulan. memang best la kan. haha. so, sape yang terbaca post aku ni, korang belom terlambat nak apply SPA ni. so, try la apply ye. semoga korang dapat jugak ye. btw, doakan aku berjaya dalam bidang ni ye. insyaAllah dengan berkat restu keluarga aku cuba buat yang terbaik dan banggakan mak ayah serta family aku. semoga aku dpt jadi penolong pegawai persekitaran tuu. :D
kat sinilah tempat aku akan menimba ilmu :D
kat sinilah tempat aku akan menimba ilmu :D
Subscribe to:
Posts (Atom)